Perutusan Ketua Jabatan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

    

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung laman web.Terima kasih kerana anda melayari laman web kami ini. Laman web ini merupakan satu daya usaha dan komitmen semua pegawai dan kakitangan jabatan ini dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan elektronik di dalam semua jabatan kerajaan. Pejabat Tanah Kulim merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang menjadi pemangkin utama pengurusan pentadbiran tanah. Pelbagai pemodenan dibangunkan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah dan Galian seperti Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Sistem Pengurusan Kutipan Hasil Tanah (SUKHAT).

     Laman ini juga merupakan salah satu usaha jabatan dalam menyediakan saluran capaian maklumat terkini berkaitan perundangan dan pentadbiran tanah dengan agak terperinci. Saya berharap laman ini mampu berperanan sebagai penyebar informasi yang efisyen untuk semua pengguna. Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan yang komited dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan matlamat jabatan sebagai pakar rujuk dalam bidang pengurusan dan perundangan tanah.

Sekian,Terima Kasih.

 

HAJI MOHAMAD BIN CHE NAI,SDK.,AMK.,BCK

 Merangkap Pentadbir Tanah Kulim

Scan QR KOD

URL PTK

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

196077
Hari IniHari Ini33
SemalamSemalam84
Minggu IniMinggu Ini176
Bulan IniBulan Ini1495
KeseluruhanKeseluruhan196077

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: