Permohonan Tukar Syarat

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Permohonan Tukar Syarat Tanaman Kepada Tanaman Yang Lain Secara Individu/Berkelompok
 
Penerangan ringkas
Tukar syarat tanaman ialah menukar syarat sesuatu jenis tanaman kepada tanaman yang lain. 
Contoh : Tanaman GETAH ditukar kepada KELAPA SAWIT. 
Seksyen 124 KTN
 
Pemohon yang layak
Pemilik Tanah (Perseorangan / Syarikat / Perbadanan) atau Pemegang Suratkuasa Wakil.
 
Borang yang digunakan
Borang Permohonan Tukar Syarat boleh didapati di mana-mana Pejabat Tanah.
 
Cara memohon
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tanah dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut :-
  • Satu salinan dokumen hakmilik keluaran 
  • Satu salinan resit cukai tanah semasa 
  • Satu salinan kad pengenalan 
  • Surat persetujuan bagi mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar di atas tanah
  • Satu salinan sijil carian rasmi hakmilik berkenaan 
Permohonan daripada syarikat hendaklah disertakan dengan Undang-Undang Tubuh, senarai Ahli Lembaga Pengarah (Borang 49) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat, Penyata Pembahagian Saham (Borang 24) dan Perpindahan Saham (Borang 32A) yang disahkan oleh syarikat yang memohon.
 
Bayaran
Permohonan RM 20 satu hakmilik
Endosan / Catatan RM 30 satu hakmilik
Lain-lain bayaran seperti dalam borang 7G

Kuasa Melulus

  • Hakmilik Pejabat Pendaftar (Geran / Pajakan Negeri / HSD) diluluskan oleh Pengarah Tanah dan Galian. 
  • Hakmilik Pejabat Tanah (Geran Mukim / Pajakan Mukim / HSM) diluluskan oleh Pentadbir Tanah.

Tindakan selepas permohonan diluluskan

  • Pemohon akan diberitahu mengenai kelulusan dan syarat-syarat berserta dengan notis dalam borang 7G. 
  • Tempoh kelulusan ialah tiga (3) bulan daripada tarikh notis diterima. 
  • Jika dipersetujui, pemohon diminta menjelaskan segala bayaran yang ditetapkan dalam borang 7G.

Tukar syarat berkuatkuasa

  • Setelah endosan dibuat di dalam hakmilik berkenaan. 
  • Dokumen Hakmilik Keluaran diserahkan kepada pemohon.

Peringatan

Pelanggaran syarat secara berterusan boleh mengakibatkan tanah dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri.                                                                                                                                     

Seksyen 130 KTN

Contoh borang

  • Borang Permohonan Tukar Syarat 
  • Notis dalam Borang 7G 
  • Menyerahkan Dokumen Hakmilik Keluaran

Seksyen 97 & 100 KTN

 

Scan QR KOD

URL PTK

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

200785
Hari IniHari Ini72
SemalamSemalam86
Minggu IniMinggu Ini212
Bulan IniBulan Ini1079
KeseluruhanKeseluruhan200785

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: