Permohonan Permit Bahan Batuan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Permohonan Kebenaran (Permit) Mengeluar dan Memindah Bahan Batu

Penerangan ringkas

Bahan batu bermaksud apa-apa batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cenkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana- mana tanah dan termasuk juga apa-apa bata, granit, batu kapur, simen atau lain-lain barangan yang dikilang darinya.

Seksyen 5 KTN


Pemohon yang layak

Permohonan boleh dibuat oleh orang-orang atau badan-badan seperti berikut :-

  • Orang perseorangan berumur 18 tahun ke atas 
  • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah 
  • Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Peruntukan- Peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsuler, 1957 
  • Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Seksyen 43 KTN


  Tanah yang boleh dikeluarkan permit

  • Tanah Kerajaan. 
  • Tanah Milik (Geran). 
  • Tanah Lombong. 
  • Tanah Rizab.

Seksyen 70 KTN


  Permohonan dibuat

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang dan dokumen seperti berikut :-

  • Borang Jadual 1A (2 salinan). 
  • Borang maklumat tambahan. 
  • Pelan kawasan yang dipohon (8 salinan). 
  • Sijil Carian Rasmi bagi tanah milik (geran). 
  • Surat kebenaran Akuan Berkanun pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah 
  • Satu salinan Undang-Undang Tubuh jika permohonan dari Syarikat/Perbadanan


  Bayaran

Sila rujuk Pejabat Tanah

 

  Permohonan perlu dikemukakan 

Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Tanah mengikut kawasan yang dipohon.


  Kuasa melulus

Pentadbir Tanah kecuali tanah-tanah rizab sungai / tasek / laut oleh Pihak Berkuasa Negeri.                                                                                                                                      

Seksyen 13 & 70 KTN


  Kadar bayaran pemindahan bahan batu

Sila rujuk Pejabat Tanah


  Bayaran wang pertaruhan (deposit)

  • Bayaran wang pertaruhan ( deposit ) adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah. 
  • Perkara yang perlu dilakukan selepas permohonan diluluskan:- 
         ---> Menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan dan mendapatkan resit bayaran 
         ---> Menandatangani surat akuan mematuhi syarat permit 
         ---> Mengemukakan 4 salinan pelan kawasan yang telah diperenggan. 
         ---> Mengambil Permit 4C. 
         ---> Mengambil doket.


  Bahan batu boleh dikeluarkan

Bahan batu boleh dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan dalam permit.

  Syarat-syarat yang dikenakan

Syarat-syarat yang lazim digunakan ialah seperti berikut:- 

  • Setiap pemandu lori yang membawa bahan batu dari kawasan yang diluluskan hendaklah membawa sekeping doket yang mencatat jumlah bahan batu yang dibawa, tarikh, masa, jenis bahan batu dan tempat yang hendak dipindahkan. 
  • Setiap doket yang dikeluarkan hendaklah disediakan dengan sempurna dan kertas karbon dua muka mesti digunakan 
  • Kenderaan / lori yang digunakan hendaklah mengisi muatan sepertimana yang ditulis pada doket. Muatan tersebut pula mesti sama paras dengan dinding lori dan penggunaan papan tambahan adalah TIDAK DIBENAR sama sekali. Had muatan juga mesti selaras dengan yang dibenarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia. 
  • Pemandu lori dikehendaki memberhentikan lori sekiranya pemeriksaan dan sekatan dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Negeri / Pejabat Tanah. 
  • Lori hendaklah ditutup dengan kanvas dan mempastikan jalan yang dilalui tidak kotor dan mengancam keselamatan orang ramai. 
  • Sebarang kerosakan harta awam yang bersabit dengan pemindahan bahan batu adalah menjadi tanggungjawab pada pemegang permit. Jika gagal mengatasinya maka wang pertaruhan boleh dirampas 
  • Pemindahan bahan batu tidak dibenarkan pada hari Jumaat dan hari Kelepasan Am. KECUALI pada hari Sabtu pertama dan ketiga bulan berkenaan atau mendapat kebenaran khas daripada Pentadbir Tanah. 
  • Kerja-kerja pemindahan bahan batu hanya dibenarkan antara jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja. 
  • Pemegang permit adalah dikehendaki menyelenggarakan rekod harian pemindahan di tempat pengambilan bahan batu dan mengemukakan rekod tersebut untuk pemeriksaan oleh Pengarah Tanah dan Galian, Pentadbir Tanah dari masa ke semasa. 
  • Pemegang permit adalah dikehendaki mengemukakan kepada Pentadbir Tanah satu salinan rekod harian sepertimana yang dinyatakan di para ( i ) di atas dan penyata bulanan bahan batu diambil tiap-tiap bulan tidak lewat daripada 4 haribulan yang berikutnya atau pada tarikh permohonan semula yang mana lebih awal. ( Bagi pemindahan bahan batu yang diluluskan kurang dari tempoh satu bulan, penyata harian sahaja diperlukan ). 
  • Pengambilan bahan batu hendaklah dari kawasan yang diberi kebenaran sahaja. 
  • Pentadbir Tanah boleh mengenakan syarat-syarat tambahan dari masa ke semasa jika perlu.


  Tindakan yang dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat

Permit boleh dibatalkan dan wang pertaruhan serta doket boleh dirampas.


  Permit boleh ditamatkan sekiranya:-

  • Pemegang permit meninggal dunia. 
  • Badan atau syarikat dibubarkan.


  Permit boleh dibatalkan sekiranya

Permit boleh dibatalkan apabila kawasan berkenaan diperlukan atas kepentingan kerajaan.


  Tindakan yang dikenakan sekiranya bahan batu dikeluar dan dipindahkan tanpa permit

  • Denda tidak melebihi RM 50,000.00; atau 
  • Penjara untuk satu tempoh tidak melebihi lima tahun; atau kedua-duanya sekali                                                                  Seksyen 426 (1) KTN

Seksyen 97 & 100 KTN

Scan QR KOD

URL PTK

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

196077
Hari IniHari Ini33
SemalamSemalam84
Minggu IniMinggu Ini176
Bulan IniBulan Ini1495
KeseluruhanKeseluruhan196077

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: