Permohonan Pembahagian Harta Pesaka Kecil

Written by Super User. Posted in Uncategorised

PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PESAKA KECIL

TANGGUNGJAWAB WARIS TERHADAP HARTA PESAKA PENINGGALAN SIMATI.

1.Hendaklah membayar hasil tanah tiap-tiap tahun.
2.Memohon pembahagian hak atas harta tanah pusaka
3.Memastikan supaya tanah sentiasa diusaha dan dijaga

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

1.Sesiapa sahaja waris yang berhak ke atas simati
2.Penghulu Mukim
3.SiPiutang kepada simati

CARA MEMOHON PEMBAHAGIAN HARTA PESAKA KECIL (Nilaian harta tidak melebihi RM2.00 juta)

Permohonan pembahagian harta pesaka kecil bolehlah dibuat dimana-mana Pejabat Tanah Daerah dimana tanah si mati berada

Maklumat-maklumat dan dokumen yang diperlukan:-

  • Mengisi borang permohonan - Borang A
  • Semua salinan kad pengenalan/surat beranak waris yang berhak serta alamat lengkap mereka.
  • Sijil si mati (1 salinan asal dan 1 salinan fotostat )
  • Semua geran hak simati ( kalau tiada geran boleh kemukakan salinan geran atau dapatkan carian rasmi dari Pejabat Tanah. Semua harta-harta lain seperti rumah, kenderaan, saham senapang, dan sebagainya bolehlah dimasukkan dalam borang A tersebut.
  • Permohonan Faraid Pejabat Agama Daerah
  • Salinan resit hasil tanah
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan nombor kad pengenalan simati
pesaka

Mudah sahaja hendak tahu secara kasar  bagaimana pembahagian mengikut faraid dibuat. Gunakan panduan di sebelah ini untuk tahu secara kasar. Keputusan muktamad pembahagian pusaka adalah diputuskan oleh Pegawai Pembahagian Pusaka Kecil nanti.

Setelah selesai proses pendaftaran , bicara kuasa akan dipanggil mengikut giliran

Waris-waris hendaklah hadir pada tarikh perbicaraan dijalankan, mana-mana waris yang tidak dapat hadir pada hari bicara dan bersetuju dengan perbicaraan itu hendaklah mengisi borang persetujuan dan borang tersebut dan hendaklah dikirimkan kepada waris yang akan hadir pada perbicaraan tersebut.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi mana-mana pejabat tanah diseluruh daerah dalam negeri Kedah ini. 

Bayaran-bayaran yang dikenakan

Permohonan baru (Borang A)                    RM10.00
Permohonan Kemudian (Borang P)            RM10.00
Bayaran Perintah                                     RM10.00
Tiap salinan perintah                                RM02.00


Bayaran Cukai Pusaka bergantung kepada nilai harta pada tarikh kematian. Kematian pada 01.11.1992 dan selepasnya tidak dikenakan bayaran cukai pesaka

Scan QR KOD

URL PTK

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

200784
Hari IniHari Ini71
SemalamSemalam86
Minggu IniMinggu Ini211
Bulan IniBulan Ini1078
KeseluruhanKeseluruhan200784

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: