Panduan Membayar Cukai Tanah

Written by Super User. Posted in Uncategorised

PANDUAN MEMBAYAR CUKAI TANAH

PENERANGAN RINGKAS

Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik (Geran). Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa. Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat.

TEMPAT BAYARAN CUKAI TANAH

Kaunter Hasil Pejabat Tanah

CARA BAYARAN

Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit, Bank Draf, Wang Pos atau Kiriman Wang berpalang atas nama Pentadbir Tanah. Bayaran juga boleh dibuat melalui pos mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa. Selain itu pembayaran seraca online iaitu melalui portal rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah

BIL CUKAI TANAH

Penghantaran Bil cukai tanah kepada pemilik tanah adalah untuk memberi kemudahan dan peringatan sahaja. Walau bagaimanapun pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah boleh mendapatkannya di Bahagian Hasil Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan butir-butir berikut:-
Resit lama hakmilik
Nombor Hakmilik, Jenis hakmilik (cth: HSD, GRN), Mukim/Bandar/Pekan
Kad Pengenalan Pemilik (MyKad)

SEMASA PEMBAYARAN

Sediakan wang secukupnya.

SELEPAS PEMBAYARAN

Perlu menyemak beberapa perkara berikut :
Pastikan ada cetakan berkomputer di atas resit.
Pastikan amaun yang dibayar sama dengan amaun yang tercatat di atas resit bayaran
Catatan berkomputer di atas resit sama dengan maklumat di atas bil cukai tanah.

PEMBAYARAN TUNGGAKAN CUKAI TANAH

Pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran. Bayaran ansuran hanya akan diberikan kepada pembayar cukai yang dirasakan perlu oleh Pentadbir Tanah berdasarkan alasan yang munasabah.

Bayaran ansuran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tahun semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Tanah.

Kegagalan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan perampasan diambil tanpa apa-apa notis.

Tindakan jika gagal membayar cukai tanah
Pemilik tanah yang tidak membayar tunggakan cukai tanah akan diberi peringatan untuk tempoh tertentu yang ditetapkan melalui surat pentadbiran. Jika masih engkar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dan diberi tempoh 3 bulan untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.

Jika pemilik tanah masih engkar menjelaskan tunggakan cukai tanah pada akhir tempoh tiga bulan seperti yang dinyatakan di dalam Notis 6A, Pentadbir Tanah boleh mengisytiharkan dengan perintah, tanah itu dirampas dan menjadi hak Kerajaan Negeri.
Seksyen 97 & 100 KTN

Scan QR KOD

URL PTK

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia pngmscmygoverment pngmampu1jpa pnghrmis pnggov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

200785
Hari IniHari Ini72
SemalamSemalam86
Minggu IniMinggu Ini212
Bulan IniBulan Ini1079
KeseluruhanKeseluruhan200785

Undian

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan kaunter kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: